Potensi Wakaf Sebagai Mekanisma Perlindungan dan Jaminan Sosial Golongan Pelarian Di Malaysia: Satu Analisa Kualitatif

[Waqf as a Potential Protection Mechanism Against Loses and Social Guarantee for Refugees in Malaysia: A Qualitative Analysis]

Authors

  • Farhana M.S. Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Muhammad Ridhwan Ab Aziz Faculty of Economics and Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia
  • A.Z. Salleh Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

wakaf, pelarian, wakaf pelarian, jaminan sosial, kemanusiaan

Abstract

Pelarian merujuk kepada individu yang berada di luar negara kerakyatannya, atas sebab berasa takut akan dianiaya kerana faktor bangsa, agama, kewarganegaraan, keanggotaan sesebuah kumpulan sosial atau parti politik sehingga tidak boleh atau tidak mahu mendapatkan perlindungan daripada negaranya itu. Statistik Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) merekodkan sebanyak 151,596 orang pemegang kad UNHCR di Malaysia. Bagi membantu menyelesaikan masalah kebajikan dan hak asasi pelarian, pertubuhan bukan kerajaan seperti UNHCR, organisasi berasaskan komuniti pelarian telah diwujudkan serta ihsan kerajaan Malaysia. Namun dana sedia ada adalah amat terhad berbanding dengan jumlah pelarian yang berada di negara ini. Kajian ini adalah kajian awal bertujuan untuk melihat potensi wakaf sebagai sumber dana dan bantuan bagi membiayai pelarian sementara berada di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Sumber pengumpulan data daripada artikel jurnal dan dokumen berkaitan wakaf dan pelarian di Malaysia dan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian ini mendapati wakaf berpotensi untuk dimanfaatkan menerusi dua bentuk harta alih seperti wang atau peralatan, dan harta tidak alih seperti penempatan sementara, dapur awam, klinik kesihatan, pusat pendidikan dan tanah pertanian. Manakala dengan bantuan lain seperti kutipan dana, sedekah atau zakat dimanfaatkan bagi menyediakan keperluan asasi seperti makanan, pakaian dan sanitasi. Kesediaan badan bukan kerajaan serta masyarakat menerusi wakaf dapat menyediakan golongan pelarian untuk berdikari sementara berada di negara ini. Di samping menyumbang kepada ekonomi negara secara tidak langsung, bantuan ini juga berpotensi mengekang berlakunya masalah kesihatan, jenayah, keganasan domestik yang membabitkan warga asing.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Halim Sunny, "Dana Wakaf Pendidikan: Satu Tinjauan Awal", Jurnal Pengurusan JAWHAR, Putrajaya: Yayasan Waqaf Malaysia,Vol.1, No.2(1, 2007), h.33-44
Aizat Khairi, “Managing the challenges of refugees and their rights in Malaysia”, International Conference on Human Rights in Bangkok, Thailand, 14‐15 October 2010.
Ajis, M. N. E., Zain, Z. M., Keling, M. F., & Zakuan, U. A. A. (2017). Aktiviti Penyeludupan Migran Dalam Kalangan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Malaysia (Smuggling of Migrants Activites Among Illegal Migrants in Malaysia). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 13(2).
Al-Shāṭibī, ’Abū Isḥāq, Al-Muwāfaqāt fī ’Uṣūl al-Sharī‘ah (cet. ke 7, Bayrūt: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Jil. 2), 7
Asming Yalawae & Izah Mohd Tahir, "The Role of Islamic Institution in Achieving Equality and Human Development: Waqf or Endowment", http://www.capabilityapproach.com/pubs/Asming%20Yalawae,%20and%20Izah%20 TahirWaqfAsmeng.pdf, Jun 2010
Azlinariah Abdullah, “Diaspora Rohingya di Malaysia: Pengekalan identiti dan survival masyarakat minority”, Sarjana, Vol. 29 (1, Jun 2014), 107-122.
Cengiz Toraman dan Berdiye Tuncsiper (2007), "Cash Awqaf in the Ottoman as Philanthropic Foundations and their Accounting Practices", (Kertas kerja yang dibentangkan dalam 'The Fifth Accounting History International Conference', 9-11 Ogos 2007, Banff, Alberta, Canada) h.1-19, lihat http://www.mufad.org/index.php?option=com_docman&task=doc_download&gid=49&Itemid=100AAA, 15 Julai 2010
Donna, D. R. & Mahmudi, “The dynamic optimization of cash waqf management: An optimal control theory approach” (Kertas kerja, International Conference: Management from Islamic Perspectives., International Islamic University Malaysia (IIUM), Kuala Lumpur, 2007)
Farhana Mohamad Suhaimi & Asmak Ab Rahman (2017), Wakaf Tunai dalam Pembangunan Ekonomi Masyarakat Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Hamzah, I. S., Daud, S., & Idris, N. A. (2017). Pelarian Rohingya dan isu-isu kontemporari di Malaysia. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 12(9)
Harian Metro, https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/02/316449/ambulans-wakaf-berbakti-tanpa-henti-di-syria-metrotv, 26 Februari 2018
Ibn Baṭūṭah (1377M), Riḥlah Ibn Baṭūṭah, Dhakar al-Awqāf bi Damshiq wa ba‘ḍu Faḍāi’l Ahlihā, Bayrūt: Dār Ṣāwir dan Dār Bayrūt (1960), h.104
Islamic Relief, https://islamic-relief.org.my/dana-wakaf-air-somalia-special-appeal/, 3 April 2018
Jonathan Zaragoza-Cristiani, “Analysing the Causes of the Refugee Crisis and the Key Role of Turkey: Why Now and Why So Many?”, EUI Working Paper RSCAS 2015/95, European University Institute Robert Schuman Centre for Advanced Studies BORDERLANDS Project
Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN), “Malaysia gesa UNHCR selesai isu penempatan semula pelarian”, http://www.moha.gov.my/index.php/ms/berita-kdn/2936-malaysia-gesa-unhcr-selesai-isu-penempatan-semula-pelarian, 20 September 2016
M. Jandra Moh. Janan, “Memproduktifkan wakaf: Pengalaman di Indonesia” (Kertas kerja, Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat & Wakaf, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, Oktober 2008)
Malaysiadateline, “Badan hak asasi antarabangsa ragui komitmen Malaysia bantu pelarian Rohingya” https://malaysiadateline.com/badan-hak-asasi-antarabangsa-ragui-komitmen-malaysia-bantu-pelarian-rohingya/, 19 Januari 2018
Monzer Kahf (1998), "Financing The Development of Awqaf Property",(Kertas kerja dalam Seminar on Development of Awqaf, anjuran IRTI, Kuala Lumpur, 2-4 Mac 1998), h.1-46
Monzer Kahf, “Taxation system: A substitute for zakah?”, http://www.islamawareness.net/Zakat/zakat_fatwa003.html, 20 Mac 2005
Muhammad Faris Zaidi, “Mengiktiraf hak asasi pelarian di Malaysia”, http://www.utusan.com.my/rencana/utama/mengiktiraf-hak-asasi-pelarian-di-malaysia-1.509330#ixzz56IRGVqV9, 31 Julai 2017
Norazira Ali, “Cabaran-cabaran pelarian Rohingya Muslim: kajian kes di Pulau Pinang”, Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2014, ISBN 978-967-11473-1-3
Philip Hunter, “The refugee crisis challenges national health care systems”, EMBO reports, Vol. 17 (4, 2016), DOI 10.15252/embr.201642171
Rozali Othman (2006), "Institusi Wakaf: Realisasikan Matlamat Melahirkan Masyarakat Berkualiti Ke Arah Mencapai Wawasan Islam Hadhari Di Malaysia", (Prosiding Seminar Tamadun Islam Tentang Pembangunan Modal Insan), h.100-101
Shairul Amin, Shaari (2011) Pemerdagangan Manusia dan Kesannya Terhadap Isu Keselamatan di Malaysia. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.
Shamsiah Abdul Karim, “Contemporary Shari’a Compliance Structuring for the Development and Management of Waqf Assets in Singapore”, Kyoto Bulletin of Islamic Area Studies 3, 2(Mac 2010), 143–164
Shamsiah Abdul Karim, “Pengurusan dan Pembangunan Wakaf di Singapura” (Kertas kerja Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006, Legend Hotel, Kuala Lumpur, 12-14 September 2006)
Syed Azwan Syed Ali, “Lebih 100,000 pelarian Rohingya berlindung di Malaysia”, https://www.bharian.com.my/node/235604, 17 Januari 2017
Tan Pok Suan, “Kehidupan Rohingya di Malaysia: Perjuangan dalam ketidakpastian hidup”, Akademika 68 (Januari 2006), 111-122
Timur Kuran, “The provision of public goods under Islamic law: Origin, contribution and limitation of the waqf system”, Law & Society Review 35 (4, 2001), 841-897
United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR), Convention and Protocol Relating to The Status Of Refugees, http://www.unhcr.org/3b66c2aa10.pdf, 14
Vivian Tan, “Over 168,000 Rohingya likely fled Myanmar since 2012 - UNHCR report”, http://www.unhcr.org/en-my/news/latest/2017/5/590990ff4/168000-rohingya-likely-fled-myanmar-since-2012-unhcr-report.html, 3 Mei 2017

Downloads

Published

2020-04-04

How to Cite

Farhana M.S., Muhammad Ridhwan Ab Aziz, & A.Z. Salleh. (2020). Potensi Wakaf Sebagai Mekanisma Perlindungan dan Jaminan Sosial Golongan Pelarian Di Malaysia: Satu Analisa Kualitatif: [Waqf as a Potential Protection Mechanism Against Loses and Social Guarantee for Refugees in Malaysia: A Qualitative Analysis]. Ulum Islamiyyah, 30, 55–66. Retrieved from https://uijournal.usim.edu.my/index.php/uij/article/view/110