Tahap Penguasaan Kemahiran Insaniah Pelajar Pengajian Islam [The Mastery of Soft Skills among Islamic Studies Students]

Main Article Content

Siti Kausar Zakaria
Norzaini Azman
Ruslin Amir
Mohd Noor Daud

Abstract

The study is a descriptive survey study that aims to see the level of soft skills among Islamic Studies students’ courses. A total of 346 samples from a population of 955 students in Bachelor courses of Islamic Studies from a public university participated in the study. Seven attributes of soft skills (soft skills) for university students as outlined by the Ministry of Higher Education Malaysia (MOHE) which include communication skills, leadership, teamwork, critical thinking and problem solving, lifelong learning, entrepreneurship and professional skills moral ethics were adopted. Data for this study were collected through a questionnaire and analyzed using SPSS version 17.0. Min analysis shows that students master the six constituents of soft skills at a high level unless entrepreneurial skills at moderate level. The highest skill mastered was teamwork skills, followed by learning skills and information management skills, leadership skills, critical thinking skills and problem solving, communication skills and moral and professional ethics. Entrepreneurial skills which was mastered the least need to be improved to encourage Islamic studies graduate to join entrepreneurship. The study recommends that the students to pursue other professional fields without forgetting the noble role to preach the message of Islam in any career endeavor.


Abstrak


Kajian ini merupakan kajian tinjauan secara deskriptif bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar kursus Pengajian Islam. Seramai 346 sampel daripada 955 orang populasi pelajar Ijazah Sarjana Muda Kursus Pengajian Islam daripada sebuah universiti awam tempatan terlibat dalam kajian. Tujuh attribut kemahiran insaniah (softskill) untuk pelajar IPT seperti yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) merangkumi kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, berfikir kritis dan penyelesaian masalah, pembelajaran sepanjang hayat, keusahawanan dan kemahiran etika moral profesional (KPT 2006) digunapakai. Data kajian ini telah diperoleh melalui soal selidik dan dianalisis menggunakan prisian SPSS versi 17.0. Analisis min menunjukkan pelajar menguasai enam juzuk kemahiran insaniah pada tahap tinggi kecuali kemahiran keusahawanan pada tahap sederhana tinggi. Kemahiran yang paling tinggi dikuasai ialah kemahiran kerja berpasukan diikuti kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran kemahiran kepimpinan, kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi dan kemahiran etika moral dan profesional. Kemahiran keusahawanan yang paling rendah dikuasai perlu dipertingkatkan sebagai usaha menggalakkan graduan pengajian Islam menceburi bidang keusahawanan. Kajian mencadangkan pelajar Pengajian Islam menceburi bidang-bidang profesional yang lainnya tanpa melupakan peranan mulia sebagai penyebar mesej keislaman dan pendakwah dalam apa jua karier yang diceburi.

Article Details

How to Cite
Zakaria, S. K., Azman, N., Amir, R., & Daud, M. N. (2017). Tahap Penguasaan Kemahiran Insaniah Pelajar Pengajian Islam. Ulum Islamiyyah, 19, 89 - 108. Retrieved from http://uijournal.usim.edu.my/index.php/uij/article/view/49
Section
Articles
Author Biography

Siti Kausar Zakaria, Fakulti Pendidikan, Univerisiti Kebangsaan Malaysia

e-mail: zakariakausar@yahoo.com

References

Ahmad Munawwar Ismail & Zakaria Stapa. (2011). Strategi pembelajaran penuntut aliran Pengajian Islam dan hubungannya dalam memenuhi tuntutan semasa. Journal of Islamic and Arabic Education, 3 (2), 21-30.

Alumni UKM. (2012). Laporan kajian pengesanan graduan. Bangi: Pejabat Perhubungan Alumni, UKM.

Amini Amir.(2013). Pembelajaran sepanjang hayat dalam program Pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPTM). Diambil pada 13 April 2013 daripada http://www.researchgate.net/publication.

Ashari Sikor, Nurul Asmida Mohd Razali, Razali Hassan & Ahmad Kamal Rizal Madar. (2010). Penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar Politeknik Kota Bharu. Dalam Ahmad Esa & Mohamad Zaid Mustafa. Kemahiran Insaniah: kajian di institut-institut pengajian tinggi. Batu Pahat: Penerbit UTHM. ms. 125-152.

Hadiyanto. (2011). The Development of core competencies among Economic students in National University of Malaysia (UKM) and Indonesia (UI). Tesis Phd. tidak terbit, Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi.

Jamil Ahmad .(2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: Satu Penilaian. Tesis Sarjana tidak terbit, Jabatan Asas Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamaruddin Md Tahir. (2010). Penilaian pembangunan kemahiran generik dalam kalangan pelajar tahun akhir Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Tesis Dokor Falsafah tidak terbit. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi (2006). Modul pembangunan kemahiran insaniah (soft skills) untuk Institut Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Marliana Musa & Ahmad Esa. (2009). Tahap penguasaan kemahiran generik dalam kalangan pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Elektrik serta Pendidikan, UTHM. Journal of Techno Social, (1) 1.

Muhammad Hazrul Ismail. (2012). Kajian mengenai kebolehpasaran siswazah di Malaysia: Tinjauan dari perspektif majikan. Prosiding PERKEM VII 2012, 2, 906 – 913.

Mohd Jailani Mohd Nor & Azami Zaharim. (2007). Perbandingan pendekatan pendidikan sepadu pembelajaran berasaskan hasil (OBE) dengan model Pendidikan Islam, SeminarPendidikanKejuruteraandanAlamBina.Diambil pada 14 Jun 2011 daripada http://www.ukm.my/p3k/index.php/ms/muat-turun/prosiding?layout=edit&id=13. Mohd Mustaman. (2006). Kajian pengesanan graduan Universiti pendidikan Sultan Idris 1999-2004. Laporan penyelidikan tidak terbit, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nor Raudah Siren & Ab Aziz Mohd Zin (2007). Analisis Kurikulum Pengajian Dakwah di Malaysia dalam Mohd Fauzi Hamat, Joni Tamkin Borhan & Ab Aziz Mohd Zin (pnyt).

NurFadhilah & Rahimah. (2010). Aspirasi kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (1), 11-7

Paizah Ismail, Rahimin Affandi Abdul Rahim, Mohammadin Abdul Niri, Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaluddin. (2008). Pembaharuan Institusi Pengajian Tinggi Awam Islam di Malaysia: Satu analisis terhadap teori dan cabaran. Masalah Pendidikan, 31 (1),193-214.

Rahimin Affandi Abdul Rahim. (2009). Model subjek kemahiran insaniah di IPT Islam terpilih : Satu analisa dekonstruktif. Jurnal Perspektif UPSI 2010.

Rodiah Idris, Siti Rahayah Ariffin dan Noriah Mohd Ishak. (2009). Pengaruh kemahiran generic dalam kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan komunikasi pelajar. Universiti KebangsaanMalaysia (UKM) MJLI, 6, 103-140.

Shaharuddin, A., Noriah Mohd, I., Khaidzir, I., & Jumali, S (2010). Generic competency profile among students in institute of higher learning: A case study of University Kebangsaan Malaysia (UKM). College Student Journal, 44 (3), 811- 820.

Wan Suhaimi Wan Abdullah dlm Mohd Fauzi Hamat, Joni Tamkin Borhan & Ab. Aziz Mohd Zin. (Eds.). (2007). Pengajian falsafah Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Sukatan, masalah dan cabaran pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Yahya Buntat dan Muhammad Rashid Rajuddin. (2004). Aspek-aspek penting dalam kemahiran employability. Buletin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 2 (3).