TY - JOUR AU - Hassan, Fauziah AU - Yusoff, Sofia AU - Rahman, Suria Hani AU - Othman, Siti Suriani AU - Siti Zobidah Omar, AU - Ali, Kalsom PY - 2021/12/31 Y2 - 2024/03/28 TI - Media Sosial dan Terrorisme: Partisipasi Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia : [Social Media and Terrorism: Participation among Higher Learning Institution in Malaysia] JF - Ulum Islamiyyah JA - UIJ VL - 33 IS - 3 SE - DO - 10.33102/uij.vol33no3.456 UR - https://uijournal.usim.edu.my/index.php/uij/article/view/456 SP - 221-235 AB - <p>Perdebatan dan perbincangan mengenai kandungan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp dan sebagainya dalam pengaruhnya menyebarkan kandungan seperti berita, foto dan video yang berkait dengan ekstrem dan keganasan seakan berleluasa. Kepantasan media sosial sebagai platform digital bertindak untuk menyebarluaskan kandungan berkaitan isu keganasan dari dalam dan luar negara perlu dipastikan kesahihannya. Hal ini kerana kandungan di media sosial berupaya untuk membentuk pengaruh, fikiran, dakyah dan ideologi yang tidak benar kepada pengguna terutama dalam kalangan remaja. Oleh itu, kajian ini akan membincangkan secara umum berdasarkan literatur yang lepas untuk melihat sejauh mana perbincangan mengenai isu keganasan di dalam media sosial ini telah didebatkan. Ini kerana, isu penyebaran kandungan berkaitan terrorisme di alam maya ternyata memberi impak ke atas pemikiran dan tindakan untuk meningkatkan kes-kes berkaitan keganasan sama ada secara fizikal ataupun serangan ideologi pemikiran. Selain itu, kajian ini juga telah menemubual enam pakar bidang untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan mereka mengenai isu penggunaan media sosial sebagai platform penyebaran ideologi terrorisme. Selain itu, penyelidik juga cuba mendapatkan beberapa saranan dan cadangan untuk membendung isu ini terutama dalam kalangan pelajar IPT. Berdasarkan hasil kajian ini, cabaran untuk menangani isu ini sepatutnya dipikul oleh semua pihak yang berkepentingan sama ada dari pihak kerajaan dan pentadbiran, pihak berkuasa, pembuat dasar dan polisi, pihak media dan juga pengguna media sosial itu sendiri. Kesedaran, pendidikan dan pemulihan tentang isu keganasan ini perlu dipergiatkan yang mana akhirnya akan membantu untuk mencapai keamanan, keadilan dan memperkukuhkan institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan inklusif di semua peringkat.</p> ER -