@article{ABDUL JALIL_OSMAN_Nawawi_2022, title={Analisis Tret Personaliti al-Falāḥ dalam al-Quran: Analysis of al-Falāḥ’s Personality Traits in the Qur’an}, volume={34}, url={https://uijournal.usim.edu.my/index.php/uij/article/view/500}, abstractNote={<p>Menetapkan sesuatu ciri-ciri keperibadian individu berjaya atau bahagia itu agak subjektif. Dalam konteks agama Islam, memiliki tret atau sifat <em>al-falāḥ </em>adalah kunci kepada kejayaan dan kebahagiaan manusia dalam kehidupan. Istilah <em>al-falāḥ </em>merujuk kepada golongan ‘<em>al-muflih</em><em>ūn</em>’ yang disebut Allah SWT di banyak tempat di dalam al-Quran. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tret personaliti <em>al-falāḥ </em>yang dinyatakan di dalam al-Quran. Metode analisis kandungan digunakan dengan menganalisis ayat al-Quran yang mengandungi istilah <em>al-falāḥ </em>dengan bantuan aplikasi <em>Quran Al Kareem</em> melalui sistem operasi iPad OS 13.1.2 dan aplikasi <em>Quran for Android </em>melalui sistem operasi Android. Hasil kajian mendapati terdapat 40 ayat yang mengandungi perkataan yang berasaskan istilah al-falāḥ. Daripada 40 ayat tersebut, terdapat 30 tret personaliti <em>al-falāḥ </em>(TPF) yang dikenal pasti. Hasil analisis mendapati&nbsp; 30 TPF dapat dibahagikan kepada 3 bahagian berdasarkan kekerapan yang dinyatakan di dalam ayat-ayat al-falāḥ. &nbsp;Tret <em>al-falāḥ </em>ini menjadi indikator kepada tret kualiti keperibadian manusia untuk mencapai kesejahteraan kehidupan di dunia dan di akhirat.</p>}, number={3}, journal={Ulum Islamiyyah}, author={ABDUL JALIL, SITI JAMIAAH BINTI and OSMAN, KHAZRI and Nawawi, Nurul Ainie}, year={2022}, month={Dec.}, pages={1-16} }