Merancang Proses Menentukan Keperluan  Latihan Bagi Staf Akademik Kolej Profesional MARA


Planning the Process of Determining Training Needs fo Kolej Profesional MARA’s Academic Staff

Anida Ismail
Kolej Profesional MARA


Abstrak

Dalam menentukan keperluan latihan, Analisis Keperluan Latihan (AKL) merupakan satu permulaan bagi proses merencana dan melaksanakan sesuatu program latihan. Proses untuk melaksanakan AKL secara terperinci ialah dengan mengadakan analisis kepada tiga bentuk utama iaitu Analisis Organisasi, Analisis Kerja dan Analisis Pekerja. Kajian dijalankan adalah berbentuk campuran atau mixed method menggunakan pendekatan yang berbentuk explanatory research iaitu mengumpul dapatan dari pelbagai kaedah jenis penjelasan. Dalam kajian ini, reka bentuk utama ialah kaedah kuantitatif dan diperjelaskan dengan kaedah kualitatif. Hasil pandangan staf akademik dengan pengumpulan data melalui soal selidik menunjukkan tahap penekanan yang diberikan oleh pihak Pengurusan Latihan MARA (PLM) pada  ketiga-tiga analisis tersebut ialah pada tahap Sederhana Tinggi dengan nilai min terendah adalah pada Analisis Pekerja. Hasil temu bual mendapati pihak PLM tiada menjalankan analisis tersebut secara jelas. Secara kesimpulannya pihak PLM kurang memberikan penekanan dalam menjalankan analisis tersebut sebelum menentukan latihan yang akan diberikan kepada staf akademik. Justeru, implikasi kepada kajian ini menunjukkan bahawa perlunya pihak PLM  melaksanakan AKL secara sistematik bagi mengenal pasti latihan yang sewajarnya diberikan kepada staf akademik Kolej Profesional MARA (KPM).  

Kata kunci : Analisis Keperluan Latihan (AKL), analisis organisasi, analisis kerja, analisis pekerja


Abstract

Conducting the Training Needs Analysis (AKL) becomes  the initial process of determining the training needs of an institution . The process for conducting Training Needs Analysis in detail, is to analyze the three main forms such as Organizational Analysis, Job Analysis and Analysis of Labor. The current study  used ’mixed method’ approach that uses  ’explanatory research’ approach  which collected data from various methods of explanation. In this study, the main design was quantitative method and supported with  qualitative method. Data from questionnaires show that the emphasis given by the MARA Training Management towards the three analysis were on High Range with the lowest mean value on the analysis of employees. Data from interviews show that MARA Training Management did not conduct the analysis clearly. In conclusion, MARA Training Management has given less emphasis on conducting the analysis before determining which training will be given to the academic staff. Thus, the implications of this study showed the need for the MARA Training Management to conduct Training Needs Analysis systematically in order to identify appropriate training for MARA Professional College’s academic staff.

Keywords : training needs analysis, organizational analysis, job analysis, empeloyee analysis

DOWNLOAD FULL ARTICLE

Current Issue - Vol.21 (August) 2017

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA AND GOOD GOVERNANCE (1991-2012)
Maszlee Malik
Abstract | References | Full Text [PDF]
 
THE STUDY OF KNOWLEDGE, ATTITUDE AND PRACTICE TOWARDS FEMALE CIRCUMCISION AMONG FEMALE PATIENTS AT O&G OUTPATIENT DEPARTMENT, HOSPITAL AMPANG, SELANGOR, MALAYSIA
Salleha Khalid, Suhaila Sanip, Rafida Hanim Mokhtar, Maizatul Azma Masri, Mohd Shamsir Muhammad Aris, Muhammad Riduan Wan Deraman, Nuurain Amirah Mohd Razi
Abstract | References | Full Text [PDF]
 
SAINS ISLAM VS SAINS BARAT: ANALISIS AMALAN DAN PERBANDINGAN
Alias Azhar
Abstract | References | Full Text [PDF]
 
PENGINTEGRASIAN SAINS TAUHIDIK: PERSEPSI PESERTA
Sharina Abu Hanifah, Faszly Rahim, Zanaton H. Iksan, Wan Nasyruddin Wan Abdullah, Normazida Rozi, Mohammad Faris Mohammad Esa, Ishak Ahmad, Rizafizah Othaman, Nurul Huda Abd. Karim, Nurul Izzaty Hassan, Rozida Mohd. Khalid, Azizah Baharom@Abd. Aziz
Abstract | References | Full Text [PDF]
 
KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS MAHARAT AL-QIRA’AH BERASASKAN UJIAN KLOZ DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Aisyah Sjahrony, Maimun Aqsha Lubis Abdin Lubis
Abstract | References | Full Text [PDF]
 
PENDEKATAN HAFAZAN HADIS DI UNIVERSITI ISLAM MADINAH: KAJIAN TERHADAP PELAJAR SELAIN KULIAH HADIS
Muhammad Arif Yahya, Mohd Khairul Nazrin Mohd Nasir, Ahmad Yunus Mohd Noor
Abstract | References | Full Text [PDF]
 
HUBUNGAN MASLAHAH AL-MURSALAH KEPADA PEMBANGUNAN BELIA MUSLIM BERINTEGRITI DI KAWASAN PERUMAHAN : SATU KAJIAN DI TAMAN SENAI UTAMA
Mohd Huefiros Efizi Bin Husain, Mohd Nasir Bin Abd Majid, Muneer Ali Abdul Rab
Abstract | References | Full Text [PDF]
 

ISU-ISU KESUSASTERAAN ARAB OLEH CHARLES PELLAT DALAM THE ENCYCLOPAEDIA OF ISLAM

Siti Norizam Zakaria
Abstract | References | Full Text [PDF]
 
الوقف المؤقت: دراسة تأصيلية فقهية
Muhamad Firdaus Ab Rahman, Muhammad Amanullah
Abstract | References | Full Text [PDF]

'Ulum Islamiyyah, The Malaysian Journal of Islamic Sciences, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai. Negeri Sembilan. Malaysia. Telephone: +606-798 8044 

Fax: +606-798 6083 Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.