ALI BIN MUHAMMAD AL-M WARDI, 2006, AL-AHK M AS-SULT NIYYAH, TAHKIK: AHMAD
J D, 1 JILID, 336 HALAMAN, ISBN 6222007703072


MUHAMMAD HAZIM AHMAD
Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia
Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PENDAHULUAN


Judul kitab ini ialah ‘Al-Ahkām As-Sultāniyyah’ atau nama penuhnya ‘Al-Ahkām As-Sultāniyyah wa Al- Wilāyāh Ad-Dīnīyyah’ iaitu ‘Hukum-hakam Pemerintahan dan Kekuasaan dalam Islam’. Tema utama kitab ini berkaitan sistem pemerintahan, pentadbiran dan kekuasaan menurut pandangan hukum syarak. Kitab ini ditulis secara keseluruhan di dalam bahasa Arab. Tujuan utama penulisan kitab ini untuk memenuhi kehendak pemerintah pada zaman itu1 bagi membolehkan mereka mengetahui pendapat aliranaliran mazhab fiqah supaya mereka dapat menunaikannya serta dapat menjalankan tanggungjawab mereka untuk menegakkan keadilan dalam pelaksanaan serta hukuman mereka dan tindaktanduk mereka.2
Penulis telah membahagikan isi kitab kepada 20 bab iaitu perlantikan ketua negara, pelantikan menteri, pelantikan pengurus bagi negara, pelantikan pengurus jihad, bidang kuasa berdasarkan keutamaan (masalih), bidang kuasa qadi, bidang kuasa penguasa kezaliman (Wilayah Al- Mazālim), penjaga keturunan (Zawī Al-Ansāb), bidang kuasa imam sembahyang, ibadat haji, pengurusan zakat, harta rampasan, hal-ehwal atau perihal cukai kepala dan cukai tanah, perbezaan hukum di negeri-negeri, mengusahakan tanah terbiar serta mendapatkan sumber air, kawasan larangan serta kawasan simpanan, hukum-hakam pembahagian tanah, penubuhan jabatan serta hukumnya, hukum-hakam jenayah dan hukum hisbah. Pada pendapat pengulas, daripada 20 bab yang dinyatakan, isi kitab ini dapat dibahagikan kepada 2 topik utama. Pertama, teori politik dan pemerintahan sesebuah negara dalam Islam iaitu pada bab pertama sehingga bab ketiga dan kedua, kaedah-kaedah utama
dalam pentadbiran umum dan kerajaan bagi sesebuah negara iaitu pada bab keempat sehingga bab terakhir. Modus operandi yang digunakan oleh penulis kitab adalah berbentuk komparatif atau perbandingan di antara mazhab-mazhab fiqah Islam. Komparatif yang dilaksanakan adalah di antara mazhab-mazhab utama fiqah Islam iaitu Mazhab Hanafi dan Syafi’i. Kajian, penerangan dan penilaian terhadap perbahasan yang dinyatakan bagi setiap mazhab turut dilakukan oleh penulis bagi sesuatu bab atau isu yang hendak dihuraikan di dalam kitab ini. Tambahan pula, penulis cenderung untuk menggunakan gaya dan laras bahasa sederhana yang mudah dan senang untuk difahami. Oleh itu, penggunaan gaya dan laras bahasa yang sederhana ini adalah lebih mesra dan mudah untuk difahami oleh mereka yang mempelajari syariah dan juga perundangan. Seterusnya, kitab ini mempunyai sebuah jilid berdasarkan pada kebanyakan versi cetakan. Kitab Al-Ahkām As-Sultāniyyah yang diulas ini adalah versi cetakan Dār Al-Hadīth, iaitu cetakan pertama di Al-Qāhirah, Mesir pada tahun 2006 Masihi bersamaan tahun 1427 Hijrah. Juru tahkik kitab ini ialah Ahmad Jād. Jumlah halaman keseluruhan kitab ini adalah sebanyak 336 halaman. Kelebihan kitab versi ini adalah pada isinya yang disertakan dengan baris pada setiap perkataan, takhrij hadis-hadis yang digunakan oleh penulis dan huraian-huraian ringkas pada frasafrasa tertentu yang dilakukan oleh juru tahkik kitab, iaitu Ahmad Jād. Usaha-usaha ini adalah bertujuan untuk membantu pembaca lebih memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis.

 

DOWNLOAD FULL ARTICLE

'Ulum Islamiyyah, The Malaysian Journal of Islamic Sciences, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai. Negeri Sembilan. Malaysia. Telephone: +606-798 8044 

Fax: +606-798 6083 Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.