ANALISIS FATWA MENGENAI PRODUK BONE CHINA DAN SOLUSI HALAL


FATWA ANALYSIS ON BONE CHINA PRODUCTS AND ITS HALAL SOLUTION


MOHD MAHYEDDIN MOHD SALLEH
Corresponding Author
Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia
Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


IRWAN MOHD SUBRI
Fakulti Syariah dan Undang-undang, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia
Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


ABSTRAK


Artikel ini membincangkan penggunaan tulang haiwan dalam produk bone China dalam aspek halal dan haram. Permasalahan utama kajian adalah berpunca daripada kekeliruan awam akibat kepelbagaian pandangan tentang status halal dan haram produk bone China. Objektif kajian adalah untuk menganalisis pandangan Syarak dan fatwa semasa mengenai hukum memanfaatkan bone China, seterusnya mencadangkan penyelesaian hukum halal kepada isu yang dikaji. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif menggunakan pendekatan analisis dokumen dan temubual. Hasil kajian mendapati tulang lembu merupakan bahan asas yang digunakan oleh kebanyakan pengeluar bone China. Analisis pandangan fuqaha mendapati hanya tulang haiwan halal yang telah disembelih mengikut undang-undang Syarak yang disepakati sebagai halal, manakala tulang khinzir adalah disepakati najis. Bagaimanapun, bagi tulang bangkai haiwan selain khinzir berlaku perselisihan pendapat dalam kalangan ulama berpunca daripada perbezaan tafsiran mereka terhadap dalil-dalil Syarak merangkumi al-Quran, hadis, qiyās dan maslahah. Dalam kes pemanfaatan tulang haiwan dalam bone China, fatwa yang mengharuskan penggunaannya didapati lebih kuat dengan syarat ia tidak berunsurkan daripada khinzir, berdasarkan teori perubahan secara pembakaran (istiḥālah bi al-iḥrāq). Bagaimanapun, antara alternatif halal kepada bone China ialah produk yang berasaskan tanah liat dan melamin yang didapati lebih kukuh dan murah berbanding bone China.


Kata kunci: tulang haiwan, bone China, fatwa, halal

 

DOWNLOAD FULL ARTICLE

'Ulum Islamiyyah, The Malaysian Journal of Islamic Sciences, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai. Negeri Sembilan. Malaysia. Telephone: +606-798 8044 

Fax: +606-798 6083 Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.