ASPEK PEMIKIRAN DAN METODOLOGI PENYAMPAIAN AL-MARBAWI DAN
MUSTAFA ABDUL RAHMAN: PERBANDINGAN DALAM PENTAFSIRAN SURAH YASIN


THOUGHTS AND PRESENTATION METHODOLOGY OF AL-MARBAWI AND MUSTAFA
ABDUL RAHMAN: COMPARISON IN THE INTERPRETATION OF SURAH YASEEN


AHMAD BAZLI AHMAD HILMI
Corresponding Author
Kolej Permata INSAN, Universiti Sains Islam Malaysia
Nilai, Malaysia
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


ZULKIFLI MOHD YUSOFF
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Kuala Lumpur, Malaysia
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


SELAMAT AMIR
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Kuala Lumpur, Malaysia
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


ZULKARNIN ZAKARIA
Kolej Permata INSAN, Universiti Sains Islam Malaysia
Nilai, Malaysia
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


MAHIZ SPAWI
Kolej Permata INSAN, Universiti Sains Islam Malaysia
Nilai, Malaysia
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


ABSTRAK


Perkembangan bidang tafsir di Malaysia diperangaruhi oleh tokoh ulamak Melayu daripada pelbagai institusi pendidikan dan setiap daripada mereka mempunyai metode pengajian tafsir yang tersendiri. Keunggulan ilmu tokoh ulamak terdahulu dapat dilihat melalui penghasilan kitab-kitab tafsir. Kajian ini bertujuan menganalisis perbandingan aspek pemikiran dan metode penyampaian Muhammad Idris Al-Marbawi dan Mustafa Abdul Rahman dalam karya masing-masing. Fokus kajian ini adalah kepada tafsiran surah Yasin kedua-dua tokoh. Melalui pendekatan kajian perpustakaan, penulis berusaha meneliti dua aspek tersebut dalam karya setiap tokoh dan kemudian membanding antara keduanya. Hasil kajian mendapati pemikiran Al-Marbawi bersifat universal dan integral; pentafsiran beliau sarat dengan perbincangan merangkumi dan merentasi pelbagai bidang ilmu dan aspek. Pemikiran Mustafa Abdul Rahman pula lebih bersifat kontradik dengan Al-Marbawi; pentafsiran beliau mendasar dan merangkumi pengetahuan umum berkenaan ayat. Dari segi metodologi penyampaian Al-Marbawi diwarnai dengan pelbagai pendekatan unik dan susun atur kitab yang sistematik, sementara Mustafa Abdul Rahman menggunakan pendekatan syarahan dengan gaya bahasa yang mudah difahami pembaca.


Kata kunci: tokoh, tafsir, Melayu, pemikiran, penyampaian

 

DOWNLOAD FULL ARTICLE

'Ulum Islamiyyah, The Malaysian Journal of Islamic Sciences, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai. Negeri Sembilan. Malaysia. Telephone: +606-798 8044 

Fax: +606-798 6083 Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.