CABARAN DAN KEYAKINAN PELAJAR MELAYU TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI SEKOLAH MENENGAH


CHALLENGE AND CONFIDENCE LEVELS AMONG MALAY STUDENTS TOWARDS
ARABIC LANGUAGE TEACHING AND LEARNING IN SECONDARY SCHOOL


MUHAMMAD NAJIB JAAFAR
Corresponding Author
Faculty of Major Language, Universiti Sains Islam
Nilai, Malaysia
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


ZULKIPLI MD ISA
Faculty of Major Language, Universiti Sains Islam
Nilai, Malaysia
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


WAHIDA MANSOR
Faculty of Major Language, Universiti Sains Islam
Nilai, Malaysia


ARNIDA ABU BAKAR
Faculty of Major Language, Universiti Sains Islam
Nilai, Malaysia


ZAINAL ABIDIN HAJIB
Faculty of Major Language, Universiti Sains Islam
Nilai, Malaysia


ABSTRAK


Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap cabaran dan keyakinan pelajar-pelajar Melayu di sekolah menengah terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Kajian ini juga melihat faktor-faktor yang membentuk cabaran dan mempengaruhi keyakinan para pelajar sekolah menengah dalam mempelajari Bahasa Arab. Seterusnya, kajian turut meneliti hubungan antara keyakinan pelajar-pelajar bertutur dalam Bahasa Arab dengan kekerapan mereka bertutur. Sampel kajian terdiri daripada 1400 orang pelajar tingkatan 1, 2, dan 4 dari sekolah menengah agama di semenanjung Malaysia yang menawarkan subjek bahasa Arab Komunikasi. Data kajian dipersembahkan secara diskriptif dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian mendapati tahap cabaran pelajar dalam mempelajari Bahasa Arab boleh dianggap sebagai mencabar pada kedudukan min sebanyak 3.1340 dengan nilai sisihan piawainya adalah pada 0.6470. Manakala tahap keyakinan pelajar terhadap bahasa Arab boleh dianggap sederhana dengan skor min mereka adalah pada 2.768 dan sisihan piawainya pula adalah pada 0.313. Kajian ini mendapati sembilan faktor boleh dikaitkan dengan cabaran pelajar mempelajari bahasa Arab dan lapan faktor yang mempengaruhi keyakinan mereka. Ujian Khi Kuasa Dua telah digunakan bagi menentukan kebergantungan keyakinan pelajar bertutur dalam bahasa Arab dengan kekerapan mereka bertutur dalam bahasa Arab. Test of Independent telah dilakukan dan mendapati ianya signifikan pada aras 0.05, dengan nilai χ2 = 107.588, df = 9, p = 0.000.


Kata kunci: cabaran, keyakinan, pengajaran dan pembelajaran, diskriptif, sisihan piawai

 

DOWNLOAD FULL ARTICLE

'Ulum Islamiyyah, The Malaysian Journal of Islamic Sciences, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai. Negeri Sembilan. Malaysia. Telephone: +606-798 8044 

Fax: +606-798 6083 Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.