ALKOHOL: DEFINISI, PENGHARAMAN, METABOLISME DAN KEGUNAANNYA
ALCOHOL: DEFINITION, PROHIBITION, METABOLISM AND ITS USAGE


LATIFAH MOHD NOOR
Corresponding Author
Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia
Nilai, Malaysia
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


SITI RUBAINI MAT
Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia
Nilai, Malaysia
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


NORHAKIMAH DHIAUDIN
Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia
Nilai, Malaysia
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


AFIF ARIFIN
Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia
Nilai, Malaysia
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


ABSTRAK


Alkohol merupakan suatu sebatian organik yang mengandungi kumpulan berfungsi hidroksi (-OH). Ia mempunyai pelbagai kegunaan dan manfaat namun apabila bercakap tentang alkohol, kita sering mengklasifikasikan semua jenis alkohol itu sebagai haram. Istilah arak atau khamr dan alkohol sebenarnya memberi pengertian yang berbeza dan maksud keduanya harus difahami. Alkohol yang diharamkan adalah etanol yang menjadi salah satu bahan dalam arak. Justeru, artikel ini ditulis bagi membincangkan perbezaan antara penggunaan alkohol yang dibolehkan dalam Islam dan yang diharamkan dalam Islam. Sebenarnya, terdapat perbincangan yang luas di antara para fuqaha tentang penggunaan alkohol dalam pelbagai cabang sesuai dengan perkembangan ilmu pengetahuan terutamanya bidang sains dan teknologi. Kajian kepustakaan melalui pembacaan jurnal, tafsir Al-Quran dan sebab diturunkan ayat tersebut, telah dijalankan bagi mengetahui tentang maksud sebenar alkohol dan penghasilannya, sejarah dan hikmah pengharaman alkohol (arak) dalam syariat Islam, kesan pengambilan alkohol terhadap tubuh manusia dan kegunaan serta isu-isu berkaitan dengan penggunaan alkohol dalam kehidupan seharian. Alkohol iaitu etanol, boleh dihasilkan melalui dua kaedah iaitu fermentasi dan tindak balas etena dengan stim. Pengharaman alkohol (arak) dalam syariat Islam adalah secara berperingkat dan ia mempunyai hikmahnya yang tersendiri antaranya bagi menunjukkan kepada manusia bahawa alkohol juga boleh dimanfaatkan dalam kehidupan. Pengambilan alkohol sebagai minuman boleh merosakkan sistem tubuh manusia, memberi kesan ke atas otak dan kebolehan berfikir, risiko kerosakan hati atau sirosis dan meningkatkan risiko kanser. Selain itu, masyarakat perlu memahami isu-isu berkaitan penggunaan alkohol dalam industri makanan, pembuatan minyak wangi, perubatan dan sebagai bahan api supaya lebih menghargai alkohol sebagai salah satu sebatian organik yang bernilai.


Kata kunci: alkohol, khamr, arak, metabolisme alkohol, Islam

 

DOWNLOAD FULL ARTICLE

'Ulum Islamiyyah, The Malaysian Journal of Islamic Sciences, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai. Negeri Sembilan. Malaysia. Telephone: +606-798 8044 

Fax: +606-798 6083 Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.